Siaran Media, Terbitan Media

YPKM Cadang Bina Kompleks Pesara di Putrajaya

Oleh: Fadhil Daud

KUALA LUMPUR: Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia (YPKM) dalam perancangan untuk membina sebuah kompleks menara pesara di Putarajaya merangkumi Pejabat, Pusat Konvensyen dan Hotel bagi menempatkan semua persatuan pesara di peringkat nasional berkumpul dibawah satu bumbung.

Menurut pengerusinya, Tan Sri Dr Aseh Che Mat berkata, tanah yang berkeluasan 26 ekar itu telah diluluskan pembinaannya oleh Perdana Menteri bagi mengelakkan masalah tempat dan kemudahan untuk beroperasi.

“YPKM telah mendapat sekeping tanah di sebelah Putrajaya Sentral dan berhampiran dengan stesen MRT yang sedang dibina,

“Kita akan adakan menara di situ dan kita akan tempatkan seluruh persatuan pesara yang berdaftar di bawah satu bumbung bagi memudahkan operasi kebajikan dan hal ehwal pesara dijalankan,

“Jadi selepas ini tidak akan timbul lagi masalah tempat atau kemudahan justeru,  Putra Word Trade Centre (PWTC) akan menjadi model penubuhannya di mana akan ada Pejabat dan Pusat Konvensyen,” katanya ketika berucap pada Forum Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Pesara Kerajaan.

Beliau memberitahu bahawa YPKM juga turut mencadangkan sebuah hospital pesara diwujudkan di kompleks tersebut dengan barisan pakar perubatan yang terbaik dan terlatih.

“Itu tuntutan yang paling utama yang akan kita suarakan khas untuk kemudahan dan kesenangan para pesara,

“Untuk makluman semua, Menteri Keewangan II, Datuk Johari  Abdul ghani menyokong penuh penubuhan hospital pesara ini, tambahnya.

Kira-kira seramai 200 orang pesara hadir dalam Forum tersebut yang dirasmikan penutupannya oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Madzhir Khalid.

Petikan berita dari : http://www.mysuarafm.com/terkini/ypkm-cadang-bina-kompleks-pesara-di-putrajaya/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *