Rasional Penubuhan 

Jumlah pesara bertambah dari tahun ke tahun dan apabila kakitangan kerajaan itu bersara beliau tidak tahu kemana harus beliau pergi jika ada apa-apa masalah mengenai hak-hak beliau sebagai pesara dan apakah kemudahan-kemudahan yang beliau nikmati selaku pesara. Terdapat pelbagai persatuan dan kelab-kelab pesara dipelbagai peringkat namun mereka ini bertindak sendirian. Ada yang aktif dan ada pula yang hanya tinggal nama sahaja kerana terbatas akibat kekurangan dana. Melihat keadaan ini maka timbullah cadangan untuk menubuh satu badan yang mampu menyatu padukan persatuan dan kelab-kelab ini dibawah satu bumbung disamping mengadakan aktiviti peningkatan kebajikan dan kesejahteraan hidup pesara serta menjalankan aktiviti komersial yang membolehkan badan ini memperolehi dana dan seterusnya menyalurkan pada persatuan dan kelab-kelab pesara.

Penubuhan badan ini telah dibincangkan bersama pelbagai pihak dan semuanya setuju supaya ditubuhkan Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia (YPKM) dan menjadikan persatuan dan kelab-kelab pesara sebagai ahli dibawah naungan YPKM. Pada 6 Jun 2014 Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia (YPKM) ditubuhkan dan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) No Pendataran SSM 1096651-K