Penubuhan

Selaras dengan hasrat YAB. Perdana Menteri, YKPM ditubuhkan dan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia No. Pendaftaran SSM 1096651 – K pada 6 Jun 2014.

Keahlian

Terbuka kepada semua Persatuan / Kelab / Yayasan Pesara Kerajaan yang berdaftar dengan ROS/ROC.

Objektif

  • Memantapkan penyatuan dan integriti pesara Kerajaan supaya sentiasa setia bersama Kerajaan.
  • Memastikan kesejahteraan hidup Pesara Kerajaan sentiasa terpelihara dan dirahmati Allah swt.
  • Mengutamakan kesihatan pesara Kerajaan dengan kemudahan kesihatan yang terbaik, pengurusan yang cakna – Pesara dan tidak membebankan.
  • Menitik beratkan kebajikan Pesara Kerajaan yang dalam kesusahan dan meninggal dunia serta membantu untuk menunaikan ibadah haji.
  • Memastikan Pesara Kerajaan sentiasa produktif dengan membantu membuka peluang untuk bekerja semula dan menjadi usahawan.
  • Melahirkan generasi Pesara Kerajaan yang berilmu dan bertaqwa menerusi pembelajaran            sepanjang hayat dan memertabatkan program – program keugamaan.
  • Menjana sumber kewangan sendiri untuk kepentingan Pesara Kerajaan dan mengurangkan kebergantungan kepada Kerajaan.
  • Menjadikan Yayasan Pesara sebagai Pusat Sumber Maklumat Pesara Setempat yang bersepadu, komprehensif, dinamik dan berintegriti.

PERANAN UTAMA

I) Sebagai ‘badan puncak’ untuk menyelaras dan menyatukan semua pesatuan pesara Kerajaan yang berdaftar kearah pencapaian visi, misi dan objektif penubuhan Yayasan.

 

ii) Mengujudkan Pusat Pentadbiran Pesara Kerajaan yang bersepadu dan terselaras dibawah satu bumbung di peringkat Pusat dan Negeri kearah meningkatkan kebolehupayaan pengurusan dan penyatuan pesara.

iii)       Berusaha memastikan kadar pencen sentiasa melebihi keperluan, mengatasi garis kemiskinan dan pelarasan tahunan mengikut kos  hidup serta penambahbaikan faedah – faedah persaraan dan pengurusan pencen yang sentiasa mesra – pesara.

iv) Berusaha menambahbaik perkhidmatan kesihatan kepada pesara Kerajaan bukan sahaja dengan kemudahan kesihatan yang terbaik dan tidak membebankan, malah kearah membangunkan hospital pesara dan menyediakan insurans kesihatan.

v) Berusaha meningkatkan kebajikan bukan sahaja untuk membantu pesara Kerajaan yang dalam kesusahan dan meninggal dunia, malah untuk menunaikan ibadah haji dan kediaman yang selesa.

vi) Membantu membuka peluang kepada pesara Kerajaan untuk menjadi usahawan dan bekerja semula samada di sektor awam atau swasta.

vii)      Berusaha memertabatkan program – program keugamaan dan membantu melahirkan generasi pesara Kerajaan yang berilmu dan bertaqwa menerusi pembelajaran sepanjang  hayat.

viii)     Mengeratkan kerjasama dengan pucuk pimpinan Kerajaan dan agensi – agensi pentadbiran Kerajaan terutama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dalam mencapai aspirasi Yayasan.

ix) Memantapkan silaturahim dan ukhwah kesetiaan pesara Kerajaan terutama bagi menganjurkan sambutan Hari Pesara dan menyertai sambutan Hari Merdeka serta mengadakan majlis Hari Raya, Berbuka Puasa dan penghantaran Kad Tahun Baru.

x) Melaksanakan pakatan strategik dengan Kerajaan dan sektor swasta terpilih bagi menjana sumber kewangan sendiri untuk kepentingan pesara Kerajaan.

xi) Membangun dan menaiktaraf Sistem Maklumat Pesara Kerajaan atau Sistem 1Pesara sebagai pusat sumber setempat yang bersepadu, komprehensif, dinamik dan berintegriti dengan aplikasi tekonologi komunikasi masa kini.

xi) Memastikan pelaksanaan Resolusi TN50 Pesara Kerajaan yang terhasil daripada Forum Yayasan Pesara di Kuala Lumpur pada 2hb Mei 2017.

Antara Cadangan dan Inisiatif Baru

  • Kenaikan kadar pencen mengikut kos hidup semasa
  • Mengganti Kad Pesara yang ada kepada kad pesara bercip dan berkualiti tinggi serta mengintegrasikan didalamnya antara lain semua bentuk diskaun yang diberikan oleh syarikat perniagaan dan maklumat asas kesihatan
  • Insuran kemalangan diri dan khairat kematian
  • Keutamaan untuk menunaikan Haji dan Umrah
  • Penubuhan Bank Pesara

Kesimpulan

Pesara adalah darah daging dan sebahagian daripada Perkhidmatan Awam dan Kerajaan. Pesara mampu menentukan masa depan Negara. Kebajikan, kesihatan dan kesejahteraan hidup pesara adalah keutamaan yang perlu dijaga oleh Kerajaan.